Malaysia legislation
Section 166
Seksyen 166
(2)
Jika suatu buku atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang menamakan atau memperihalkan mana-mana pemberi maklumat dalamnya atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Undang-Undang Malaysia 126
(3)
Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya mahkamah, selepas menjalankan siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan penting yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan sepenuhnya antara pihak-pihak kepada prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, maka adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan yang asal, jika dalam bentuk bertulis, dan membenarkan sesuatu siasatan dan menghendaki penzahiran yang sepenuhnya berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Cara penyampaian dokumen