Malaysia legislation
Section 167
Seksyen 167
(a)
dengan menyerahkan dokumen itu kepada orang itu atau dengan menyerahkan dokumen itu ke alamat orang itu yang terakhir diketahui;
(b)
dengan meninggalkan dokumen itu di alamat orang itu yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaan orang itu dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
(c)
dengan menghantar dokumen itu melalui pos berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamatnya yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaannya.
(2)
Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan menggunakan perihalan “pemilik”, “perbadanan pengurusan” atau “penghuni” premis itu tanpa nama atau perihalan lanjut dan boleh disampaikan dengan menyerahkan dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu atau, jika tiada orang sedemikian di premis itu yang dokumen itu dapat diserahkan kepadanya dengan usaha yang munasabah, dengan melekatkan dokumen di mana-mana bahagian yang mudah dilihat di premis itu.
Industri Perkhidmatan Air 127
Ketidaktepatan dalam dokumen