Malaysia legislation

Section 171

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 171

(2)

Kumpulan Wang Industri Air hendaklah terdiri daripada apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh mana-mana pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa di bawah Bab 2 Bahagian XIII mengikut kadar yang ditetapkan.

(3)

Kumpulan Wang Industri Air hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

perlindungan dan pemuliharaan alur air dan kawasan tadahan air;

(b)

memastikan kekekalan bekalan air daripada alur air;

(c)

peningkatan kualiti air di alur air;

(d)

penyediaan perkhidmatan air dan pembetungan dalam pembangunan luar bandar; atau

(e)

apa-apa maksud lain yang ditentukan oleh Menteri.

(4)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Industri Air dan laporan aktivitinya yang sepatutnya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan;

dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

Industri Perkhidmatan Air 129

(5)

Suruhanjaya hendaklah dengan secepat mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan

Section 171 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my