Malaysia legislation

Section 172

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 172

(2)

Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan hendaklah terdiri daripada apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh mana-mana pemaju atau orang yang membina—

(a)

bangunan dan menyambungkan bangunan itu suatu pembetung awam;

(b)

tempat rawatan kumbahan tanpa kemudahan pemprosesan enap cemar atau penjana kuasa tunggu sedia atau kedua-duanya; dan

(c)

tangki septik atau tangki septik komunal yang menghendaki suatu kemudahan pemprosesan enap cemar di luar tapak, mengikut kadar yang ditetapkan.

(3)

Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menambah perbelanjaan modal yang dikehendaki bagi sistem pembetungan awam;

(b)

untuk melaksanakan sistem pembetungan serantau; atau

(c)

apa-apa maksud lain yang ditentukan oleh Menteri.

(4)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan dan laporan aktivitinya yang sepatutnya berkenaan dengan Kumpulan

Wang itu disimpan dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan

Undang-Undang Malaysia 130

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

(5)

Suruhanjaya hendaklah dengan secepat mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Pendaftaran perjanjian

Section 172 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my