Malaysia legislation
Section 173
Seksyen 173
(2)
Seseorang yang ingin membuat sesuatu perjanjian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan draf perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan itu kepada Suruhanjaya untuk pengendorsan.
(3)
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa draf perjanjian yang telah dimuktamadkan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2) adalah selaras dengan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, Suruhanjaya hendaklah mengendorskan draf perjanjian yang telah dimuktamadkan itu dan orang itu boleh membuat perjanjian bertulis itu atas terma yang sama dengan draf perjanjian yang diendorskan itu dan hendaklah mengemukakan perjanjian bertulis itu kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran.
(4)
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan apa-apa perjanjian bertulis yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (3).
(5)
Jika pihak-pihak kepada suatu perjanjian bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) memilih untuk membuat perjanjian bertulis sebelum Suruhanjaya mengendorskan perjanjian bertulis itu, pihak-pihak kepada perjanjian itu hendaklah membuat peruntukan dalam perjanjian bertulis itu yang membawa maksud bahawa perjanjian bertulis itu hanya efektif apabila Suruhanjaya mendaftarkan perjanjian bertulis itu.
(6)
Suatu perjanjian bertulis yang disebut dalam subseksyen (1)
hanya boleh dikuatkuasakan apabila perjanjian itu didaftarkan.
(7)
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan perjanjian bertulis itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perjanjian itu selaras dengan
Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Industri Perkhidmatan Air 131
(8)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua perjanjian yang didaftarkan di bawah seksyen ini mengikut seksyen 176.
(9)
Daftar itu hendaklah mengandungi—
(a)
nama pihak-pihak kepada perjanjian;
(b)
perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan perjanjian; dan
(c)
tarikh perjanjian, kecuali terma dan syarat perjanjian.
(10)
Suatu salinan perjanjian bertulis itu hendaklah disimpan dengan Suruhanjaya.
Agensi perakuan