Malaysia legislation

Section 175

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 175

(2)

Dalam melaksanakan fungsinya di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa petunjuk prestasi industri yang didapati sesuai oleh Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 132

(3)

Suruhanjaya hendaklah memantau dan melaporkan perkara yang berikut:

(a)

penguatkuasaan dan pentadbiran Akta ini dan perundangan subsidiarinya;

(b)

kadar yang terpakai bagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan;

(c)

kos pemegang lesen mengenai perbelanjaan modal untuk memastikan ketelusan dan kualiti;

(d)

pelaburan yang dikehendaki dalam sistem bekalan air atau sistem pembetungan bagi keperluan masa hadapan;

(e)

standard perkhidmatan dan prestasi pemegang lesen;

(f)

standard penyenggaraan aset air dan pembetungan;

(g)

standard persekitaran dan kesihatan;

(h)

kecekapan dan keberkesanan pengendalian pemegang lesen bagi maksud pembaharuan lesen;

(i)

tahap pematuhan standard;

(j)

apa-apa kekurangan dalam ruang lingkup atau penguatkuasaan Akta ini dan perundangan subsidiarinya;

dan

(k)

perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri.

(4)

Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan itu mengikut cara yang disifatkannya sesuai dengan secepat yang dapat dilaksanakan berikutan dari tarikh Suruhanjaya menyerahkan laporan itu kepada Menteri.

Daftar

Section 175 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my