Malaysia legislation
Section 177
Seksyen 177
(2)
Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.
(3)
Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis mengenai sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Selepas tamat tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen
(3)
, Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan orang itu.
(5)
Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang telah diberikan oleh orang itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan menurut subseksyen (1) yang menghendaki orang itu supaya mengambil tindakan yang diarahkan sebagaimana yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
(6)
Suruhanjaya hendaklah memberikan orang itu notis bertulis mengenai arahannya dengan secepat yang dapat dilaksanakan. Arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya hendaklah dipatuhi.
(7)
Sesuatu arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 134
(8)
Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam arahan itu.
(9)
Arahan itu hendaklah tamat tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam surat cara bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehinggalah arahan itu dibatalkan.
(10)
Suruhanjaya boleh mengubah atau membatalkan sesuatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3),
(4)
, (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.
(11)
Seseorang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(12)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan mengikut seksyen 176.
Penentuan oleh Suruhanjaya