Malaysia legislation
Section 178
Seksyen 178
(2)
Suruhanjaya boleh menjalankan suatu rundingan awam sebelum membuat sesuatu penentuan, sama ada—
(a)
sebagai respons kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau
(b)
atas inisiatifnya sendiri.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya hendaklah menjalankan suatu rundingan awam terlebih dahulu sebelum membuat suatu penentuan jika diarahkan oleh Menteri.
(4)
Tatacara yang terpakai bagi suatu siasatan awam di bawah seksyen 78, 79, 80, 81, 82 dan 83 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi rundingan awam dalam subseksyen (2) atau (3).
Industri Perkhidmatan Air 135
(5)
Suatu rundingan awam hendaklah dijalankan mengikut cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini.
(6)
Dalam tempoh tiga bulan dari berakhirnya rundingan awam,
Suruhanjaya hendaklah menentukan perkara itu.
(7)
Suatu penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(8)
Suatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh
Suruhanjaya dalam penentuan itu.
(9)
Penentuan itu hendaklah tamat tempoh pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya atau jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehinggalah penentuan itu dibatalkan.
(10)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Suruhanjaya boleh mengubah atau membatalkan sesuatu penentuan, sebagai respons kepada suatu permintaan bertulis atau atas inisiatifnya sendiri dan tatacara yang dihuraikan dalam seksyen ini berkenaan dengan pembuatan sesuatu penentuan hendaklah terpakai mutatis mutan-dis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan penentuan itu.
(11)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu penentuan, mengikut seksyen 176.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan