Malaysia legislation

Section 179

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 179

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen individu dan pendaftaran lesen kelas yang diberikan di bawah Akta ini, termasuklah kelayakan orang yang memohon untuk lesen, fi lesen bagi jenis lesen yang berlainan dan aktiviti berlesen, tempoh lesen, bentuk lesen, syarat standard lesen, fi pembaharuan dan caj pemprosesan yang lain;

Undang-Undang Malaysia 136

(b)

menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penyerahan kewajipan dan fungsi pemegang lesen perkhidmatan yang sedia ada kepada pemegang lesen perkhidmatan yang baru;

(c)

menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan

Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan termasuk kadar sumbangan;

(d)

menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan

Kumpulan Wang Industri Air termasuk kadar sumbangan;

(e)

menetapkan caj atau kadar bagi sumbangan modal yang boleh dikenakan oleh pemegang lesen bagi maksud menyambungkan suatu premis atau pembangunan ke sistem bekalan air pemegang lesen;

(f)

menetapkan bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendak dibuat di bawah Akta ini;

(g)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;

(h)

menetapkan fi dan caj yang boleh ditetapkan di bawah

Akta ini;

(i)

menetapkan apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan;

(j)

menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini atau bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang diakibatkan oleh berkuat kuasanya Akta ini atau mana-mana peruntukannya.

Kuasa Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah

Section 179 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my