Malaysia legislation

Section 17

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 17

(2)

Menteri hendaklah, atas syor Suruhanjaya, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui suatu lesen individu yang sedia ada kecuali dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen individu itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya;

(b)

pemegang lesen individu itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen individu itu;

(c)

pemegang lesen individu itu telah mendapatkan lesen individu itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;

(d)

pemegang lesen individu itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya;

(e)

seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen individu itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau

(f)

telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran di pihak pemegang lesen individu itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen individu itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen individu di bawah Akta ini.

(3)

Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen individu itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemegang lesen individu itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya,

Menteri boleh tidak membaharui lesen individu itu.

(5)

Jika Menteri enggan membaharui lesen individu itu,

Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen individu itu melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganan Menteri untuk membaharui lesen individu itu.

Industri Perkhidmatan Air 29

(6)

Pemegang lesen individu itu hendaklah diberi peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (5)

yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.

(7)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (6), Menteri hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen individu itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor

Suruhanjaya, memutuskan sama ada untuk membaharui lesen individuitu atau tidak.

(8)

Jika Menteri memutuskan untuk tidak membaharui lesen individu itu, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen individu itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan Menteri dan hendaklah menyiarkan keputusan itu dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

(9)

Apa-apa kelengahan atau kegagalan untuk menyiarkan notis yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dalam apa-apa cara pun menjejaskan kesahan keputusan Menteri untuk tidak membaharui lesen individu itu.

(10)

Menteri dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh penyiaran notis yang disebut dalam subseksyen (8).

Kesan pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharui lesen individu

Section 17 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my