Malaysia legislation

Section 180

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 180

Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

memperuntukkan standard teknikal dan prestasi yang berikut:

(i)

standard dan spesifikasi minimum yang hendak digunakan dalam mereka bentuk, membina, memasang, melindungi, mengendalikan dan menyenggarakan apa-apa sistem bekalan air atau sistem pembetungan;

Industri Perkhidmatan Air 137

(ii)

pemasangan meter dan submeter atau sistem pemantauan berkenaan dengan penyambungan, pemotongan, penggunaan, penyenggaraan, pengesahan, pengujian dan pentauliahan meter dan submeter atau sistem pemantauan dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan;

(iii)

kelayakan minimum yang kena dimiliki oleh orang sebelum orang itu boleh dibenarkan membina, memasang, menguji, mentauliahkan, mengendalikan, menyenggarakan atau menguruskan apa-apa sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau sebahagian sistem itu;

(iv)

standard prestasi dan penerimapakaian petunjuk prestasi utama bagi sistem bekalan air dan sistem pembetungan;

(v)

spesifikasi berkaitan prestasi bagi pembangunan infrastruktur yang hendak diusahakan oleh pemegang lesen kemudahan atau mana-mana orang lain;

(vi)

retikulasi dalaman termasuk perpaipan dalaman dan penuras air;

(vii)

penstandardan kelengkapan, peranti dan bahan yang digunakan bagi sistem bekalan air dan sistem pembetungan dan bagi maksud menyediakan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

(b)

bentuk dan kandungan mana-mana perjanjian yang berikut:

(i)

perjanjian pajakan yang disebut dalam seksyen 32;

(ii)

perjanjian antara pengguna dengan pemegang lesen pengagihan air bagi pembekalan air di bawah seksyen 52;

(iii)

perjanjian untuk membekalkan air secara pukal antara pemegang-pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air di bawah seksyen 53; dan

(iv)

perjanjian bagi penyediaan perkhidmatan pembetungan yang dikontrakkan antara pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis dengan pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan di bawah seksyen 67;

Undang-Undang Malaysia 138

(c)

semua perkara yang berhubungan dengan standard pengguna di bawah Akta ini;

(d)

kecekapan pengebilan dan pengutipan hasil yang dihasilkan daripada penyediaan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

(e)

lat tempoh dan cara yang mengikutnya pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni yang bertanggungjawab bagi suatu sistem pembetungan persendirian atau tangki septik hendak menyebabkan supaya tangki septiknya dinyahenap cemar dan, dalam hal suatu sistem pembetungan persendirian, diservis atau disenggarakan;

(f)

lat tempoh, masa dan cara yang mengikutnya mana-mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan hendak diperiksa, notis yang hendak diberikan, jika ada, berhubung dengan audit atau pemeriksaan dan persediaan yang dikehendaki dibuat oleh pemegang lesen atau pengurusannya bagi audit atau pemeriksaan;

(g)

semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran permit yang diberikan di bawah Akta ini, termasuklah tatacara bagi permohonan, fi, bentuk, syarat dan tempoh permit itu;

(h)

cara menyimpan rekod di bawah seksyen 136;

(i)

semua perkara yang berhubungan dengan pemberian maklumat oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya dan tahap perincian, lat tempoh, cara dan bentuk yang mengikutnya maklumat itu hendak diberikan;

(j)

semua perkara yang berhubungan dengan jenis pembangunan yang disebut dalam seksyen 46 dan 47;

(k)

semua perkara yang berhubungan dengan keadaan selamat dan keselamatan sistem bekalan air dan sistem pembetungan;

(l)

semua perkara yang berhubungan dengan perumusan dan pelaksanaan pelan keselamatan air dan pembetungan;

(m)

semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang yang membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan yang berhubungan dengan sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama;

Industri Perkhidmatan Air 139

(n)

tatacara dan cara yang mengikutnya pelan dan spesifikasi berkenaan dengan apa-apa sistem bekalan air dan sistem pembetungan yang dicadangkan hendak dikemukakan dan diluluskan di bawah Akta ini, kewajipan dan tanggungjawab agensi perakuan, pemegang lesen, pemaju dan orang yang berkenaan yang lain dalam proses kelulusan itu termasuk kelulusan bagi reka bentuk dan spesifikasi yang terperinci, obligasi pemeriksaan dan pengenaan fi;

(o)

semua perkara yang berhubungan dengan pencegahan terhadap pembaziran, penggunaan yang tidak wajar, salah guna, pencemaran air dan untuk memperuntukkan bagi penggunaan yang sewajarnya lengkapan air untuk memastikan keselamatan orang awam;

(p)

apa-apa perkara lain yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya kaedah-kaedah dibuat oleh

Suruhanjaya.

Penalti bagi perundangan subsidiari