Malaysia legislation
Section 184
Seksyen 184
Perlindungan pegawai dan orang lain
Suruhanjaya, mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya, agensi perakuan, pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain tidak boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah bagi kerugian atau ganti rugi kerana atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan atau diperintahkan supaya dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya secara suci hati dan dalam penjalanan yang dicadangkan akan apa-apa kuasa atau pelepasan yang dicadangkan akan apa-apa tugas yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.