Malaysia legislation

Section 188

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 188

(a)

memiliki suatu sistem bekalan air; atau

(b)

menyediakan perkhidmatan bekalan air melalui suatu sistem bekalan air, hendaklah terus diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memiliki atau menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang disebut terdahulu selama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau

Undang-Undang Malaysia 142

apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya jika agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri itu berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya selepas tarikh ditetapkan.

(2)

Pemberikuasaan yang diberikan kepada agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri di bawah subseksyen

(1)

hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau tempoh lanjut selepas tarikh ditetapkan.

(3)

Agensi, jabatan, lembaga air atau pihak berkuasa air Negeri boleh pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh pemberikuasaan itu memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini untuk terus—

(a)

memiliki suatu sistem bekalan air; atau

(b)

menyediakan perkhidmatan bekalan air melalui suatu sistem bekalan air, selepas tamatnya tempoh pemberikuasaan itu.

Perkhidmatan pembetungan yang sedia ada

Section 188 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my