Malaysia legislation

Section 189

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 189

(a)

memiliki suatu sistem pembetungan; atau

(b)

menyediakan perkhidmatan pembetungan, hendaklah terus diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memiliki atau menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang disebut terdahulu selama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya jika pihak berkuasa tempatan itu berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya selepas tarikh ditetapkan.

(2)

Pemberikuasaan yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau tempoh lanjut selepas tarikh ditetapkan.

Industri Perkhidmatan Air 143

(3)

Pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh pemberikuasaan itu memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini untuk terus—

(a)

memiliki suatu sistem pembetungan; atau

(b)

menyediakan perkhidmatan pembetungan, selepas tamatnya tempoh pemberikuasaan itu.

Lesen atau permit yang sedia ada