Malaysia legislation
Section 191
Seksyen 191
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang diberi kuasa yang menyerahkan suatu salinan perjanjian atau perjanjian tambahan yang diperakui benar kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah terus diberi kuasa di bawah seksyen ini sehingga tamat tempoh dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya selepas tarikh ditetapkan.
(3)
Pemberikuasaan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Suruhanjaya dalam tempoh tiga bulan atau tempoh lanjut selepas tarikh ditetapkan.
(4)
Orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan secepat mungkin selepas menyerahkan perjanjian dan perjanjian tambahannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada tiga bulan selepas tarikh penyerahan itu, memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya dengan
Persekutuan dan pihak lain kepada perjanjian dan perjanjian tambahan itu supaya dapat menangani apa-apa isu kepentingan negara yang berbangkit daripada mula berkuat kuasanya Akta ini.
(5)
Penentuan mengenai apa yang terjumlah dalam isu kepentingan negara yang berbangkit daripada mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian adalah muktamad dan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(6)
Apabila perjanjian atau perjanjian tambahan yang dirunding semula dimuktamadkan dengan pindaan, jika ada, Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan perjanjian yang dipinda itu walau apa pun seksyen 173.
Industri Perkhidmatan Air 145
(7)
Walau apa pun peruntukan Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau apa-apa rukun undang-undang atau kontrak, kegagalan seseorang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) untuk memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) hendaklah menjadi suatu alasan bagi pemberikuasaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibatalkan atau bagi suatu lesen di bawah Akta ini tidak diberikan kepada orang itu.
(8)
Jika sesuatu pemberikuasaan telah dibatalkan di bawah subseksyen (7) atau jika lesen tidak diberikan atas alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (7), Kerajaan Persekutuan, Menteri atau Suruhanjaya tidaklah bertanggungan—
(a)
untuk membayar apa-apa pampasan kepada; dan
(b)
bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau yang ditanggung oleh, orang yang terjejas oleh pembatalan pemberikuasaan itu atau keengganan untuk memberikan lesen itu.
(9)
Jika pemberikuasaan seseorang telah dibatalkan di bawah subseksyen (7) atau orang itu tidak diberikan lesen atas alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (7), Menteri hendaklah menjalankan kuasanya di bawah seksyen 114 dan semua peruntukan yang berhubungan dengan seksyen 114 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.
Pernyataan hasrat untuk berpindah kepada lesen