Malaysia legislation
Section 192
Seksyen 192
(a)
pemegang sesuatu lesen sedia ada berdaftar; atau
(b)
seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 191, hendaklah menghantar suatu notis bertulis kepada Suruhanjaya yang menyatakan hasratnya sama ada dia bercadang memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini sebagai ganti lesen atau pemberikuasaan sedia ada berdaftar itu.
Undang-Undang Malaysia 146
Akta 655
(2)
Hendaklah dilampirkan pada notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1)—
(a)
dalam hal jika orang itu bercadang memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini sebagai ganti lesen atau pemberikuasaan sedia ada berdaftarnya, suatu permohonan untuk lesen di bawah Akta ini; atau
(b)
dalam hal jika orang itu tidak bercadang memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini, suatu permohonan untuk pemberikuasaan bertulis di bawah Akta ini.
(3)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pemegang suatu lesen sedia ada berdaftar yang aktivitinya menghendaki suatu lesen kelas atau permit di bawah Akta ini.
(4)
Pemegang suatu lesen sedia ada berdaftar yang aktivitinya menghendaki suatu lesen kelas atau permit di bawah Akta ini boleh mendaftar untuk suatu lesen kelas atau memohon untuk suatu permit di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada atau sebelum tamat tempoh lesen atau permitnya yang sedia ada atau tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih awal.
(5)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu pemberikuasaan bertulis kepada seorang pemohon tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dan pemberikuasaan bertulis yang diberikan kepada seorang pemohon di bawah subseksyen ini hendaklah hanya bagi tempoh permulaan perjanjiannya yang ditentukan dalam Jadual atau sehingga ditamatkan perjanjian itu dengan lebih awal.
(6)
Jika orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 191 ialah juga pemegang suatu lesen sedia ada berdaftar, orang yang diberi kuasa itu tidak dikehendaki untuk menyatakan hasratnya tentang sama ada dia bercadang memohon untuk suatu lesen di bawah Akta ini sebagai ganti lesen sedia ada berdaftar itu. Pernyataan hasrat orang yang diberi kuasa itu berkenaan dengan pemberikuasaannya yang diberikan di bawah seksyen 191 hendaklah disifatkan sebagai sama seperti bagi lesen sedia ada berdaftarnya.
(7)
Suruhanjaya boleh membatalkan sesuatu pemberikuasaan bertulis atau mengubah suai, mengubah atau membatalkan syarat-syarat sesuatu pemberikuasaan bertulis atau mengenakan syarat-syarat lanjut ke atas sesuatu pemberikuasaan bertulis.
Industri Perkhidmatan Air 147
(8)
Tatacara yang dinyatakan dalam—
(a)
seksyen 11; dan
(b)
seksyen 13, hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan mana-mana pengubahsuaian, pengubahan atau pembatalan syarat-syarat sesuatu pemberikuasaan bertulis, pengenaan syarat-syarat lanjut ke atas sesuatu pemberikuasaan bertulis dan pembatalan sesuatu pemberikuasaan bertulis.
(9)
Menteri boleh menetapkan kriteria untuk memohon suatu lesen sebagai ganti suatu lesen dan pemberikuasaan sedia ada berdaftar serta syarat-syarat yang dikehendaki dipenuhi oleh—
(a)
pemegang sesuatu lesen sedia ada berdaftar; atau
(b)
seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 191.
Taraf lesen dan pemberikuasaan sedia ada berdaftar