Malaysia legislation

Section 193

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 193

Walau apa pun terma-terma lesen sedia ada berdaftar dan perjanjian yang ditentukan dalam Jadual, seseorang yang mempunyai—

(a)

lesen sedia ada berdaftar;

(b)

pemberikuasaan di bawah seksyen 188, 189 dan 191;

atau

(c)

pemberikuasaan bertulis di bawah seksyen 192, hendaklah bagi maksud Akta ini mematuhi kewajipan dan obligasi pemegang lesen di bawah Akta ini termasuk obligasi untuk memenuhi standard kualiti minimum di bawah seksyen 41 dan untuk menyumbang kepada Kumpulan Wang Industri Air dan mematuhi kuasa Menteri dan Suruhanjaya di bawah Akta ini seolah-olah orang itu ialah pemegang suatu lesen yang mempunyai ruang lingkup yang serupa di bawah Akta ini dan perundangan subsidiarinya tetapi tidaklah berhak kepada apa-apa faedah baru yang diberikan di bawah Akta ini termasuk hak pemegang lesen perkhidmatan di bawah seksyen 32.

Undang-Undang Malaysia 148

Akta 655

Section 193 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my