Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar, mengikut seksyen 176, yang hendaklah dijadikan tersedia untuk awam, mengenai—
(a)
apa-apa lesen individu yang diberikan oleh Menteri;
(b)
apa-apa perintah pengecualian bagi kehendak pelesenan lesen individu yang diberikan oleh Menteri;
(c)
apa-apa syarat khas yang dinyatakan dalam lesen individu;
(d)
apa-apa pengenaan syarat tambahan atau perubahan atau pembatalan syarat;
(e)
apa-apa notis bertulis oleh pemegang lesen individu yang menyerahkan balik lesen individunya;
(f)
apa-apa pembatalan lesen individu;
(g)
apa-apa lesen individu yang tidak dibaharui; dan
(h)
apa-apa kelulusan bertulis daripada Menteri bagi penyerahhakkan, pensublesenan atau pemindahmilikan lesen individu.