Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
memiliki suatu sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem itu; atau
(b)
mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau sebahagian daripada perkhidmatan itu dengan cara mengendalikan suatu sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian, melainkan jika dia memegang suatu lesen kelas di bawah Akta ini.
Industri Perkhidmatan Air 31
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen individu tidak dikehendaki untuk memohon untuk suatu lesen kelas bagi aktiviti yang dinyatakan dalam subseksyen (1) yang berada dalam kawasan pengagihan bekalan air atau kawasan perkhidmatan pembetungannya jika terma lesen individu itu membenarkan pemegang lesen individu itu menjalankan apa-apa aktiviti sedemikian.
(3)
Pemegang lesen kelas tidak boleh menyediakan apa-apa aktiviti berlesen yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali mengikut syarat lesen kelas yang diberikan kepada pemegang lesen kelas itu.
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sekatan yang dikenakan ke atas pemegang lesen kelas