Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(a)
pemegang lesen kelas itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(b)
pemegang lesen kelas itu tidak mematuhi mana-mana syarat lesen kelas itu;
(c)
pemegang lesen kelas itu telah mendapatkan lesen kelas itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;
(d)
seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen kelas itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu;
(e)
telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran atau perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen kelas itu tidak lagi berhak untuk didaftarkan sebagai pemegang lesen kelas di bawah Akta ini; atau
(f)
pembatalan pendaftaran pemegang lesen kelas itu adalah demi kepentingan awam.
(2)
Sebelum membuat suatu keputusan di bawah subseksyen
(1)
, Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen kelas itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai keputusannya untuk membatalkan pendaftaran pemegang lesen kelas itu;
dan
(b)
suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.
Industri Perkhidmatan Air 35
(3)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu,
Suruhanjaya hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen kelas itu, memutuskan sama ada untuk membatalkan pendaftaran pemegang lesen kelas itu atau tidak.
(4)
Suruhanjaya hendaklah memberikan pemegang lesen kelas itu suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen
(3)
dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan pembatalan pendaftaran pemegang lesen kelas itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
(5)
Pemegang lesen kelas yang telah dibatalkan pendaftarannya di bawah subseksyen (3) hendaklah menghentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan lesen kelasnya.
Daftar lesen kelas