Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
berkaitan dengan penjalanan aktiviti berlesen oleh pemegang lesen; atau
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 655
(b)
penting bagi penjalanan mana-mana kuasanya oleh
Suruhanjaya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah diberikan dalam apa-apa bentuk dan cara, pada apa-apa lat tempoh dan disertakan atau ditambah dengan apa-apa penerangan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Maklumat yang pemegang lesen dikehendaki memberikan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu tidak berada dalam milikan pemegang lesen itu atau tidak akan selainnya terdapat dalam milikan pemegang lesen itu, adalah maklumat yang pemegang lesen itu boleh dengan munasabahnya dikehendaki supaya mendapatkannya atau mengumpulkannya.
(4)
Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen untuk melantik, atas kos pemegang lesen itu, seorang pakar bebas, dengan kelayakan yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk mengelolakan, mengaudit atau mengkaji semula apa-apa maklumat yang pemegang lesen dikehendaki memberikan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini. Pelantikan dan laporan pakar bebas itu tidak melepaskan atau mengurangkan dengan apa cara sekali pun kebertanggungan pemegang lesen di bawah seksyen 130.
(5)
Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa atau ejennya boleh pada bila-bila masa, sebagaimana yang disifatkannya perlu, menjalankan suatu audit ke atas perniagaan dan aktiviti pemegang lesen dan pemegang lesen itu hendaklah mengambil segala langkah perlu, atas kosnya sendiri, untuk membantu dan memudahkan Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa atau ejennya dalam menjalankan audit itu termasuk memberikan mereka akses kepada premis dan dokumentasinya dan maklumat. Kos audit itu hendaklah ditanggung oleh Suruhanjaya.
(6)
Pemegang lesen yang—
(a)
tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1); atau
Industri Perkhidmatan Air 37
(b)
enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang,
Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa atau ejennya dalam menjalankan audit di bawah subseksyen (5), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Pengemukaan rancangan perniagaan