Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta 655
“air”, berhubung dengan pengagihan atau pembekalan air, ertinya air yang telah dirawat;
“alur air” termasuklah sungai, anak sungai dan suak termasuk mana-mana cawang sungai, cabang sungai atau lencongan buatan mengenainya, laut, tasik, air bawah tanah, empangan, takungan, longkang, parit dan laluan, selain paip, yang air mengalir melaluinya bagi pembekalan air ke mana-mana premis;
“daftar” ertinya daftar yang disenggarakan oleh Suruhanjaya bagi maksud Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 84 atau 179, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“efluen industri” ertinya sisa cecair atau air sisa yang terhasil oleh sebab atau semasa proses pengeluaran yang berlaku di mana-mana premis perindustrian;
“efluen terlarang” ertinya efluen industri atau apa-apa efluen lain yang ditetapkan oleh Menteri;
Industri Perkhidmatan Air 15
“enap cemar kumbahan” ertinya campuran baki pepejal dan cecair yang terhasil semasa rawatan kumbahan secara separa atau sepenuhnya tetapi tidak termasuk efluen kumbahan terawat yang dilepaskan melalui paip pelupusan;
“Forum Air” ertinya Forum Air yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 69;
“kawasan pengagihan bekalan air” ertinya kawasan yang di dalamnya pemegang lesen pengagihan air diberi kuasa untuk mengagihkan dan membekalkan air;
“kawasan perkhidmatan pembetungan” ertinya kawasan yang di dalamnya pemegang lesen perkhidmatan diberi kuasa untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan;
“kumbahan” ertinya apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan nabati dalam bentuk terampai atau larutan yang diperoleh daripada aktiviti domestik dan terhasil dari premis rumah, komersial, institusi dan industri termasuk lepasan cecair dari tandas, besen, singki, bilik air dan apa-apa perkakas kebersihan lain tetapi tidak termasuk air hujan dan efluen terlarang;
“lengkapan air” termasuklah paip (selain sesalur utama awam)
spesial, kepala paip, pili penutup, injap, simpai logam, meter, submeter, tangki, tempat mandi, tandas, radas air panas, takungan kotoran dan radas atau perkakas serupa yang lain yang digunakan berkaitan dengan pembekalan dan penggunaan air;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“meter” ertinya apa-apa perkakas, kelengkapan atau peranti yang digunakan bagi maksud menyukat jumlah air yang dibekalkan;
“paip air perkhidmatan” ertinya sekian banyak daripada mana-mana paip yang digunakan untuk membekalkan air dari sesalur utama awam ke mana-mana premis yang tertakluk kepada tekanan air dari sesalur utama itu atau akan tertakluk sedemikian jika tidak kerana tertutupnya beberapa kepala paip atau injap;
“paip pelupusan” ertinya paip, saluran, pembuluh atau struktur yang serupa yang digunakan bagi pelepasan efluen kumbahan terawat dari sistem pembetungan atau tangki septik bagi pelepasan akhirnya ke alur air atau bahantara penerima yang lain;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 655
“paip penghubung”, berhubung dengan perkhidmatan bekalan air, ertinya suatu bahagian paip air perkhidmatan di antara sesalur utama awam dan meter, atau jika tiada meter, suatu bahagian paip air perkhidmatan yang terletak di antara sesalur utama awam dan tempat di mana meter itu sepatutnya diletakkan mengikut Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
“paip sambungan persendirian”, berhubung dengan perkhidmatan pembetungan, ertinya apa-apa paip, saluran, pembuluh atau struktur serupa yang merupakan sebahagian daripada perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama untuk premis yang digunakan, atau yang boleh digunakan, bagi membawa kumbahan dari premis itu hingga ke tempat sambungan dengan suatu sistem pembetungan awam, tempat rawatan kumbahan atau tangki septik atau hingga ke mana-mana tempat sambungan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam, pegawai pihak berkuasa tempatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] atau pegawai
Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini;
“pembetung” ertinya apa-apa paip, dengan perlengkapannya, yang direka bentuk untuk membawa kumbahan dari dua premis atau lebih ke tempat rawatan kumbahan, selain suatu perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama;
“pemegang lesen” ertinya pemegang lesen individu atau pemegang lesen kelas;
“pemegang lesen individu” ertinya orang yang diberikan lesen individu di bawah Akta ini;
“pemegang lesen kelas” ertinya orang yang didaftarkan untuk lesen kelas di bawah Akta ini;
“pemegang lesen kemudahan” ertinya orang yang dilesenkan di bawah Akta ini untuk memiliki suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana bahagian daripada sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu;
Industri Perkhidmatan Air 17
“pemegang lesen pengagihan air” ertinya pemegang lesen perkhidmatan yang memegang suatu lesen individu untuk mengagihkan dan membekalkan air kepada pengguna melalui suatu sistem bekalan air awam;
“pemegang lesen perkhidmatan” ertinya orang yang dilesenkan di bawah Akta ini untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau mana-mana bahagian daripada perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan itu;
(a)
berkenaan dengan Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya, mempunyai erti yang diberikan kepada “Pendaftar” oleh seksyen 5 Kanun Tanah Negara
[Akta 56/1965]; dan
(b)
berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepada “Pendaftar”
oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]
sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah
Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tanah) 1984
[P.U. (A) 291/1984];
“pengguna” ertinya—
(a)
orang yang dibekalkan dengan air oleh pemegang lesen pengagihan air atau yang disediakan dengan perkhidmatan pembetungan oleh pemegang lesen yang menyediakan perkhidmatan pembetungan; atau
(b)
orang yang telah membuat suatu permintaan kepada pemegang lesen pengagihan air untuk bekalan air atau kepada pemegang lesen yang menyediakan perkhidmatan pembetungan untuk penyediaan perkhidmatan pembetungan;
“penghuni” ertinya—
(a)
orang yang menghuni atau mengawal premis; dan
(b)
berhubung dengan premis yang bahagian-bahagian berlainan premis itu dihuni oleh orang yang berlainan, orang yang masing-masing menghuni atau mengawal setiap bahagian premis itu;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 655
“Pentadbir Tanah”—
(a)
berkenaan dengan Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya, mempunyai erti yang diberikan kepada “Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah
Negara; dan
(b)
berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepada “Pendaftar” oleh seksyen 4
Ordinan Tanah Sabah sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian
Ordinan Tanah) 1984;
“perbadanan pengurusan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318];
“perkhidmatan bekalan air” ertinya perawatan air yang diambil daripada alur air dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air;
“perkhidmatan pembetungan” ertinya pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar tangki septik;
“perpaipan pembetungan dalaman bersama” ertinya paip, paip sambungan persendirian, saluran, pembuluh atau struktur, lekapan dan radas lain yang serupa untuk membawa kumbahan di dalam atau dari lebih daripada satu premis tetapi di bawah pengurusan dan penyenggaraan bersama pemunya atau penghuni atau perbadanan pengurusan premis itu yang diservis oleh perpaipan pembetungan dalaman itu hingga ke tempat sambungan dengan pembetung, tempat rawatan kumbahan atau tangki septik atau hingga ke mana-mana tempat sambungan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, tetapi tidak termasuk sistem kebersihan dalam sesuatu bangunan;
“perpaipan pembetungan dalaman individu” ertinya paip, paip sambungan persendirian, saluran, pembuluh atau struktur, lekapan dan radas lain yang serupa untuk membawa kumbahan di dalam atau dari premis hingga ke tempat sambungan dengan perpaipan pembetungan dalaman bersama, pembetung, tempat rawatan kumbahan atau tangki septik atau hingga ke mana-mana tempat sambungan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, tetapi tidak termasuk sistem kebersihan dalam sesuatu bangunan;
Industri Perkhidmatan Air 19
“sistem bekalan air” ertinya keseluruhan sistem yang mengandungi sesalur utama awam, paip, kebuk, loji rawatan, stesen pengepam, takungan perkhidmatan atau imbangan atau apa-apa kombinasinya dan segala struktur, pemasangan, bangunan, kelengkapan dan perlengkapan lain yang digunakan dan tanah di mana kesemua yang tersebut itu ditempatkan untuk penyimpanan, pengambilan, pengumpulan, pembawaan, perawatan, pengagihan dan pembekalan air;
“sistem bekalan air awam” ertinya sistem bekalan air selain sistem bekalan air persendirian;
“sistem bekalan air persendirian” ertinya—
(a)
sistem bekalan air yang digunakan semata-mata untuk maksud membekalkan air kepada pemilik atau penghuni sesuatu premis atau tetamu atau jemputan pemilik atau penghuni itu untuk penggunaan persendirian; atau
(b)
apa-apa sistem bekalan air lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
“sistem pembetungan” ertinya sistem yang mengandungi pembetung, paip pelupusan, stesen pengepam atau tempat rawatan kumbahan atau apa-apa kombinasinya dan segala struktur, kelengkapan dan perlengkapan lain (selain perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau tangki septik) yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi pengumpulan, pembawaan, pengepaman atau perawatan kumbahan dan enap cemar kumbahan atau pelupusan efluen kumbahan terawat atau enap cemar kumbahan terawat;
“sistem pembetungan awam” ertinya—
(a)
sistem pembetungan yang disambungkan dengan, atau yang membawa kumbahan ke, pembetung awam;
(b)
sistem pembetungan yang tidak disambungkan dengan atau tidak membawa kumbahan ke pembetung awam tetapi ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai atau menjadi sebahagian daripada sistem pembetungan awam;
(c)
sistem pembetungan dalam suatu pembangunan yang telah diserahkan kepada pemegang lesen individu yang menyediakan perkhidmatan pembetungan mengikut seksyen 47; atau
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 655
(d)
mana-mana sistem pembetungan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
“sistem pembetungan persendirian” ertinya sistem pembetungan selain sistem pembetungan awam;
“submeter” ertinya apa-apa meter yang menyukat air yang telah disukat selepas air itu melepasi sesalur utama awam;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara 2006 [Akta 654];
“tangki septik” ertinya suatu bentuk kemudahan rawatan asas atas tapak yang terdiri daripada satu petak atau lebih yang menyediakan rawatan kumbahan melalui proses pemendapan dan anaerobik;
“tangki septik komunal” ertinya tangki septik yang merawat kumbahan daripada dua premis atau lebih melalui perpaipan pembetungan dalaman bersama;
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini atau bahagian-bahagian
Akta ini mula berkuat kuasa;
“tempat rawatan kumbahan” ertinya kemudahan yang direka bentuk untuk menerima dan memproses kumbahan atau enap cemar kumbahan sebelum dilupuskan ke suatu bahantara penerima tetapi tidak termasuk tangki septik;
“Tribunal Rayuan” ertinya Tribunal Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 91.
Kerajaan Persekutuan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif