Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Rancangan perniagaan itu hendaklah memperincikan maklumat yang berikut:
(a)
rancangan pemegang lesen individu itu untuk memperbesar, menyenggarakan, membaiki, meningkatkan, memperbaik, membaikpulihkan atau mengubah sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam dan untuk membina suatu sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam yang baru;
(b)
perbelanjaan modal dan pengendalian yang dilakukan bagi mengusahakan aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan
(2)
;
(c)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki atau dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya boleh meluluskan, menolak atau menghendaki ubah suaian dibuat kepada rancangan perniagaan yang dikemukakan.
(4)
Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen individu mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh rancangan perniagaan itu dikemukakan dengan lengkap.
(5)
Pemegang lesen individu mempunyai kewajipan untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam rancangan perniagaan yang diluluskan itu bagi tahun pertama setiap rancangan perniagaan boleh pinda.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 655
(6)
Mana-mana pemegang lesen individu yang tidak mematuhi kewajipannya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Arahan oleh Suruhanjaya kepada pemegang lesen kemudahan untuk membina, mengendalikan dan menyenggarakan sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam yang baru