Malaysia legislation

Section 31

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 31

(a)

suatu sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam yang baru dibina dan dipasang di suatu lokasi tertentu yang tidak mempunyai sistem sedemikian; atau

(b)

untuk memperluas sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam yang sedia ada ke suatu lokasi tertentu yang tidak mempunyai sistem sedemikian, untuk membekalkan air atau menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada pengguna di lokasi itu, Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen kemudahan untuk membina atau memasang atau menyebabkan pembinaan atau pemasangan sistem sedemikian.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mendapatkan kelulusan terdahulu Kerajaan Persekutuan sebelum ia mengarahkan pemegang lesen kemudahan yang memerlukan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan suatu arahan Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

(3)

Apabila siapnya pembinaan atau pemasangan sistem bekalan air atau sistem pembetungan yang disebut dalam subseksyen (1),

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen perkhidmatan untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem itu.

Akses kepada sistem bekalan air awam dan sistem pembetungan awam