Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Pemegang lesen perkhidmatan dan pemegang lesen kemudahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah membuat suatu perjanjian pajakan bagi pemajakan sistem bekalan air awam dan sistem pembetungan awam atau sebahagian daripada sistem yang dikehendaki oleh pemegang lesen perkhidmatan itu.
(3)
Perjanjian pajakan itu hendaklah mematuhi mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat berkenaan dengan perjanjian pajakan.
(4)
Perjanjian pajakan itu hendaklah didaftarkan dengan
Suruhanjaya dan tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah perjanjian itu didaftarkan sedemikian.
Berurusan dengan pengguna