Malaysia legislation

Section 36

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 36

(2)

Pemegang lesen pengagihan air hendaklah memastikan bahawa semua perkiraan telah dibuat—

(a)

untuk menyediakan bekalan air ke premis di dalam kawasan pengagihan bekalan airnya dan untuk membuatkan bekalan air sedemikian sentiasa tersedia ada untuk orang yang menghendakinya; dan

(b)

untuk menyenggarakan, memperbaik dan memperluas sistem bekalan air yang berhubungan dengan pengagihan air, supaya pemegang lesen pengagihan air itu mampu dan terus mampu untuk memenuhi obligasinya di bawah Akta ini.

(3)

Kewajipan pemegang lesen pengagihan air untuk menyenggarakan suatu sistem bekalan air awam hendaklah sehingga takat penghujung paip penghubung.

(4)

Kos untuk membaiki, menggantikan dan menyenggarakan paip penghubung hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan air.

Pembekalan air