Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Tiada pemegang lesen pengagihan air boleh dikehendaki untuk membekalkan air ke mana-mana premis jika—
(a)
mana-mana bangunan di premis itu telah didirikan berlanggaran dengan mana-mana undang-undang bertulis atau berada dalam keadaan hampir musnah atau berbahaya;
(b)
bekalan air telah pun diberikan ke premis itu oleh pemegang lesen pengagihan air yang lain;
(c)
pemegang lesen pengagihan air itu dihalang berbuat demikian oleh hal keadaan yang di luar kawalan pemegang lesen pengagihan air itu;
(d)
pembekalan air itu akan menyebabkan pemegang lesen pengagihan air itu melanggar Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(e)
pembekalan air pernah dipotong sebelum ini disebabkan oleh pelanggaran Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan pelanggaran itu masih belum diremedikan;
(f)
pembekalan air terdahulu telah dipotong mengikut Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
(g)
keengganan untuk membekalkan air itu diluluskan oleh
Suruhanjaya.
Menyambungkan sesalur utama awam dengan premis yang hendak dibekalkan air