Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Pemegang lesen pengagihan air hendaklah memastikan, setakat yang dapat dilaksanakan dengan munasabah, berhubung dengan setiap sumber atau kombinasi sumber yang daripadanya pemegang lesen membekalkan air ke mana-mana premis, bahawa tiada kemerosotan berlaku dalam standard kualiti minimum air yang dibekalkan dari semasa ke semasa daripada sumber atau kombinasi sumber itu.
Industri Perkhidmatan Air 43
(3)
Bagi maksud seksyen ini, air yang dibekalkan oleh pemegang lesen pengagihan air ke mana-mana premis tidak boleh dianggap sebagai tidak mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan pada masa pembekalan jika air itu tidak lagi mematuhi standard kualiti minimum itu hanya selepas air itu melepasi paip pemegang lesen itu.
(4)
Mana-mana pemegang lesen pengagihan air yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembekalan air bagi pemadaman kebakaran