Malaysia legislation

Section 45

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 45

(2)

Suruhanjaya hendaklah, melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 180, menyatakan standard tentang jenis dan takat pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan suatu sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama yang menghendaki pelan dan spesifikasi yang berkaitan diluluskan terlebih dahulu oleh Suruhanjaya.

(3)

Seseorang yang ingin mendapatkan kelulusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan kepada

Suruhanjaya apa-apa maklumat dan dokumen dalam bentuk dan cara serta dalam masa yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 180.

(4)

Jika seseorang tidak mematuhi subseksyen (3), permohonan orang itu untuk kelulusan hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak orang itu untuk mengemukakan permohonan yang baru.

(5)

Dalam menimbangkan sama ada untuk memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira yang berikut:

(a)

rancangan perniagaan yang dikemukakan oleh pemegang lesen individu yang mengendalikan dan menyenggarakan sistem bekalan air, sistem pembetungan atau tangki septik itu;

(b)

pelan dan spesifikasi sistem bekalan air, sistem pembetungan atau tangki septik yang dikemukakan oleh orang itu;

(c)

apa-apa perkara lain yang disifatkan patut oleh

Suruhanjaya.

(6)

Dalam memberikan kelulusan kepada orang itu di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut.

(7)

Seseorang yang—

(a)

membina, mengubah, mengubah suai, memutuskan sambungan atau menutup suatu sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama tanpa pelan dan spesifikasi yang dikehendaki diluluskan oleh Suruhanjaya telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Suruhanjaya;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 655

(b)

membina, mengubah, mengubah suai, memutuskan sambungan atau menutup mana-mana sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama dengan tidak mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan; atau

(c)

membuat apa-apa pengubahan kepada pelan dan spesifikasi yang diluluskan bagi sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama itu selain mengikut Akta ini atau perundangan subsidiarinya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan dia hendaklah mengubah sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama itu supaya mematuhi pelan dan spesifikasi yang diluluskan.

(8)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah subseksyen (7), maka walaupun pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu mungkin telah diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, Suruhanjaya boleh—

(a)

jika pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu telah siap, mengarahkan orang itu, pemilik atau perbadanan pengurusan tanah itu atau apa-apa kombinasi mereka, dalam tempoh yang dinyatakan, supaya menjadikan pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu mematuhi mengikut cara yang disifatkan patut oleh

Suruhanjaya, atau jika ini tidak mungkin dilaksanakan, supaya memulihkan tanah itu setakat yang mungkin kepada keadaan asalnya sebelum pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu dimulakan; atau

(b)

jika pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu belum siap, mengarahkan orang itu, pemilik atau perbadanan pengurusan tanah

Industri Perkhidmatan Air 47

itu supaya menghentikan dengan segera kerja-kerja pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu dan mematuhi apa-apa kehendak yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya atau, jika ini tidak mungkin dilaksanakan, untuk memulihkan tanah itu setakat yang mungkin kepada keadaan asalnya sebelum pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu dimulakan.

(9)

Jika tiada kebenaran bertulis atau pelan yang diluluskan telah didapatkan bagi apa-apa pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan dan Suruhanjaya telah mengarahkan supaya suatu permohonan dibuat untuk mendapatkan kebenaran atau kelulusan pelan, arahan itu tidak boleh dianggap sebagai tanda kesediaan untuk memberikan kebenaran atau kelulusan dan hendaklah tanpa menjejaskan apa-apa kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini dan perundangan subsidiarinya.

(10)

Jika suatu arahan untuk pemberhentian yang telah dikeluarkan di bawah subseksyen (8) tidak dipatuhi, Suruhanjaya boleh sebagai tambahan kepada remedi di bawah seksyen 177

secara terus mengusir mana-mana orang atau memindahkan apa-apa kelengkapan, kenderaan, mesin atau barang dari tapak itu untuk memastikan pemberhentian pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu dan bagi maksud ini boleh meminta bantuan polis.

(11)

Walau apa pun subseksyen (7), (8) dan (10), Suruhanjaya boleh melaksanakan apa-apa kerja atau mengambil apa-apa langkah—

(a)

jika Suruhanjaya berpendapat kerja atau langkah itu adalah demi kepentingan kesihatan awam;

(b)

jika Suruhanjaya berpendapat kerja atau langkah itu perlu untuk mencegah suatu bahaya yang pasti kepada alam sekitar; atau

(c)

dalam hal ketidakpatuhan mana-mana arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8), dan kerja serta langkah itu boleh sebagai tambahan kepada atau sebagai menggantikan apa-apa jua yang dikehendaki dilakukan di bawah mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (8) dan Suruhanjaya boleh mendapatkan

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 655

semua perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah oleh

Suruhanjaya dalam melakukan demikian daripada orang yang telah melakukan kesalahan di bawah seksyen ini.

(12)

Jika pemberhentian telah diarahkan oleh Suruhanjaya,

Suruhanjaya boleh membenarkan pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu dimulakan semula tertakluk kepada pematuhan apa-apa arahan dan syarat yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(13)

Suruhanjaya boleh enggan untuk membenarkan pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pemutusan sambungan atau penutupan itu dimulakan semula di bawah subseksyen (12) sehinggalah semua perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah oleh

Suruhanjaya dalam memastikan pemberhentian itu, pelaksanaan kerja dan pengambilan langkah telah dibayar.

(14)

Seseorang yang—

(a)

terus menjalankan apa-apa aktiviti setelah diarahkan untuk memberhentikan kerja di bawah subseksyen (8);

(b)

tidak mematuhi arahan atau syarat yang diberikan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen ini; atau

(c)

melakukan apa-apa perbuatan untuk menghalang dengan apa jua cara Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kehendak bagi pemaju untuk membina sistem bekalan air dan sistem pembetungan

Section 45 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my