Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Pemegang lesen perkhidmatan itu hendaklah menerima sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pemegang lesen perkhidmatan itu berpuas hati bahawa sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam pelan dan spesifikasi yang diluluskan serta standard.
(3)
Apabila sistem bekalan air atau sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu diserahkan kepada pemegang lesen perkhidmatan, pemegang lesen perkhidmatan itu hendaklah mengendalikan dan menyenggarakan sistem itu.
(4)
Pemaju hendaklah memberikan atau menyebabkan supaya pemilik tanah untuk memberikan pemegang lesen perkhidmatan akses ke sistem bekalan air dan sistem pembetungan itu atau sebahagian daripada sistem itu bagi maksud pengendalian dan penyenggaraan sistem itu.
(5)
Suruhanjaya boleh mengecualikan mana-mana pemaju daripada kehendak seksyen ini.
(6)
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 655
(7)
Dalam seksyen ini, “orang yang berkelayakan” ertinya seorang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya sebagai seorang yang berkelayakan untuk mengeluarkan suatu perakuan pematuhan bagi maksud subseksyen (1).
Kerosakan kepada sistem bekalan air awam dan sistem pembetungan awam hendaklah dibaiki