Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
memiliki suatu sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam atau mana-mana bahagian sistem itu; atau
(b)
mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau sebahagian daripada perkhidmatan itu dengan cara mengendalikan suatu sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam, melainkan jika dia memegang suatu lesen individu yang diberikan di bawah Akta ini.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), pemaju sistem pembetungan atau sistem bekalan air yang dikehendaki di bawah seksyen 47
untuk menyerahkan sistem pembetungan atau sistem bekalan air itu kepada pemegang lesen tidak dikehendaki untuk memegang suatu lesen individu bagi pemilikan sistem pembetungan atau sistem bekalan air itu sehinggalah sistem pembetungan atau sistem bekalan air itu disiapkan atau digunakan, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(3)
Pemegang lesen individu tidak boleh menyediakan apa-apa aktiviti berlesen yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali mengikut syarat lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu.
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengecualikan daripada kehendak bagi lesen individu