Malaysia legislation

Section 53

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 53

Akta 655

(2)

Jika, atas permohonan pemegang lesen perkhidmatan—

(a)

Suruhanjaya mendapati perlu atau suai manfaat bagi maksud

Akta ini supaya pemegang lesen perkhidmatan lain yang menyediakan perkhidmatan bekalan air memberikan bekalan air secara pukal kepada pemohon; dan

(b)

Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemberian dan pengambilan bekalan itu tidak boleh didapatkan melalui perjanjian, maka Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen perkhidmatan lain itu untuk memberikan apa-apa bekalan dalam apa-apa jumlah, selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang diperuntukkan dalam arahan itu.

(3)

Dalam memutuskan peruntukan yang akan dibuat melalui arahan berkenaan dengan pemberian apa-apa bekalan air oleh pemegang lesen perkhidmatan, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira tentang hasrat pemegang lesen itu untuk mendapatkan perbelanjaan yang dilakukan kerana mematuhi obligasinya di bawah seksyen ini dan untuk mendapatkan kadar pulangan yang munasabah atas modal berbayarnya tertakluk kepada pemegang lesen itu mencapai tahap kecekapan yang dihasratkan.

(4)

Perjanjian pembekalan secara pukal itu hendaklah mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180 berkenaan dengan perjanjian pembekalan secara pukal.

(5)

Seksyen ini terpakai hanya bagi pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan bekalan air yang memegang suatu lesen individu.

Industri Perkhidmatan Air 53

Pengurangan atau pemberhentian bekalan