Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(a)
mengurangkan jumlah atau tekanan air yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna jika disebabkan oleh apa-apa hal keadaan yang di luar kawalannya air tidak mencukupi untuk membolehkan jumlah yang penuh dibekalkan; atau
(b)
memberhentikan secara sementara bekalan air.
(2)
Pemegang lesen pengagihan air itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang dihadapi oleh mana-mana orang atau pada harta atau bagi apa-apa pengurangan atau pemberhentian bekalan air yang—
(a)
diluluskan oleh Suruhanjaya;
(b)
disebabkan oleh hal keadaan atau kemalangan yang tidak diakibatkan oleh pelakuan atau tingkah lakunya sendiri;
atau
(c)
disebabkan oleh penyambungan kelengkapan atau lengkapan air yang tidak dibenarkan.
(3)
Melainkan jika dikecualikan atau dibenarkan selainnya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, pemegang lesen pengagihan air itu hendaklah mengambil semua langkah perlu yang dikehendaki, termasuk menyediakan air melalui lori tangki air, untuk memastikan bahawa pengguna di dalam kawasan pengagihan bekalan airnya dibekalkan air.
Sekatan bekalan air