Malaysia legislation

Section 55

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 55

(2)

Pemegang lesen pengagihan air itu boleh, mengikut kehendak dan tatacara yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180—

(a)

memberhentikan secara sementara bekalan air ke mana-mana premis; atau

(b)

mengurangkan atau mengubah haluan secara keseluruhan atau sebahagiannya mana-mana paipnya atau mana-mana bahagian paipnya, bagi maksud menjalankan penyenggaraan dan pembaikan atau pengubahan perlu apa-apa sistem bekalan air atau sebahagian daripada sistem itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika pada pendapat pemegang lesen pengagihan air itu, bekalan air itu tidak selamat bagi maksud pembekalan biasa kepada orang awam atau menimbulkan risiko kesihatan kepada orang awam, maka pemegang lesen pengagihan air itu hendaklah dengan segera mengambil langkah-langkah di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai langkah-langkah yang diambil itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Jika pemegang lesen pengagihan air mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa bekalan air tidak selamat bagi maksud pembekalan biasa kepada orang awam atau menimbulkan risiko kesihatan kepada orang awam dan tidak—

(a)

memberhentikan secara sementara bekalan air ke mana-mana premis; atau

(b)

mengurangkan atau mengubah haluan secara keseluruhan atau sebahagiannya mana-mana paipnya atau mana-mana bahagian paipnya, pemegang lesen pengagihan air itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kuasa khas semasa kecemasan