Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Undang-Undang Malaysia 54
(a)
melarang atau menyekat penggunaan air—
(i)
secara amnya atau bagi maksud yang dinyatakan;
Industri Perkhidmatan Air 55
(ii)
semasa waktu-waktu yang dinyatakan atau selainnya;
atau
(iii)
mengikut cara yang dinyatakan;
(b)
mengenakan—
(i)
had ke atas jumlah air yang boleh digunakan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan;
(ii)
apa-apa surcaj berkenaan dengan penggunaan air yang melebihi had yang dikenakan; atau
(iii)
apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu oleh
Menteri;
(c)
memerintahkan pemegang lesen atau mana-mana orang yang memiliki atau mengendalikan suatu sistem bekalan air untuk menghentikan pengendaliannya atas apa-apa terma dan selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Menteri; atau
(d)
memerintahkan mana-mana orang untuk membekalkan air atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh Menteri.
(2)
Menteri hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas menjalankan mana-mana atau semua kuasanya yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), menyiarkan suatu notis dalam
Warta yang menyatakan butir-butir mengenai kuasa yang telah dijalankan dan tindakan yang telah diambil di bawah subseksyen
(1)
.
(3)
Menteri boleh atas apa-apa alasan yang difikirkannya patut—
(a)
mengehadkan pemakaian subseksyen (1) bagi kawasan, kumpulan, golongan orang, premis atau aktiviti yang dinyatakan; dan
(b)
menggantungkan atau mengetepikan mana-mana peruntukan seksyen ini.
(4)
Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya supaya—
(a)
mengambil milikan sementara ke atas mana-mana sistem bekalan air pemegang lesen dan mengendalikannya atau mengarahkan mana-mana orang lain untuk mengendalikannya mengikut apa-apa cara difikirkan patut oleh Menteri; dan
Undang-Undang Malaysia 56
(b)
mengambil atau menyebabkan supaya diambil apa-apa langkah termasuk pemasangan peranti penyekatan, pengawalan dan penyukatan serta pengawalseliaan dan pengawalan pelupusan perkakas yang perlu bagi memastikan pematuhan seksyen ini, dan pemegang lesen yang mempunyai kawalan atau milikan ke atas sistem bekalan air itu hendaklah menyerahkan kawalan atau milikan ke atas sistem bekalan air itu kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu atau mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Menteri serta pemegang lesen itu hendaklah mengambil segala langkah dan memberikan segala bantuan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya, pegawai atau orang itu.
(5)
Sesuatu keputusan, perintah atau arahan Menteri dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(6)
Seseorang yang tidak mematuhi perintah Menteri atau larangan, sekatan atau pengenaan kuasa yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau kehendak di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(7)
Jika mana-mana premis dihuni oleh mana-mana orang selain pemiliknya, penghuni premis itu hendaklah dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen ini melainkan jika dibuktikan bahawa dia telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuan sedemikian.
(8)
Kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya dan pekerja serta ejen mereka tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan kerana pelanggaran kontrak atau kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa pemotongan, pemberhentian, pengurangan atau penyekatan bekalan air di bawah seksyen ini.
(9)
Tiap-tiap pemegang lesen dan pekerja serta ejen mereka tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan kerana pelanggaran kontrak atau kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa pemotongan, pemberhentian, pengurangan atau penyekatan bekalan air di bawah seksyen ini kecuali jika pemotongan,
Industri Perkhidmatan Air 57
pemberhentian, pengurangan atau penyekatan bekalan air itu telah disebabkan oleh—
(a)
kecuaian atau perbuatan sengaja pemegang lesen, pekerja atau ejen mereka; atau
(b)
pelanggaran oleh pemegang lesen terhadap terma dan syarat lesennya atau peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
(10)
Seseorang yang disebut dalam perenggan (1)(c) dan (d)
tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan kerana pelanggaran kontrak atau kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa pemberhentian pengendalian atau pembekalan air, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen ini.
(11)
Bagi maksud seksyen ini, suatu “kecemasan” ertinya suatu hal keadaan apabila—
(a)
bekalan air tidak mencukupi disebabkan oleh kemarau yang teruk atau pergolakan industri, mogok atau sekat-masuk;
(b)
pembekalan air atau sistem bekalan air itu membahayakan atau menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam atau kesihatan awam; atau
(c)
suatu kejadian berlaku yang menimbulkan keadaan yang mendesak sehinggakan Menteri mendapati perlu untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini.
Sistem dan perkhidmatan pembetungan
Kuasa untuk menghendaki premis disambungkan ke sistem pembetungan awam