Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(a)
menjadikan atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana paip sambungan persendirian, parit atau pembetung disambungkan secara langsung atau tidak langsung ke mana-mana pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam; atau
(b)
menutup, menghalang, menyekat atau melencongkan mana-mana pembetung awam.
(2)
Suruhanjaya boleh—
(a)
memerintahkan mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) supaya berhenti menggunakan, atau merobohkan atau selainnya membuang, apa-apa halangan, paip sambungan persendirian, parit atau pembetung yang berlanggaran dengan subseksyen itu; atau
Undang-Undang Malaysia 60
(b)
merobohkan atau selainnya membuang halangan, paip sambungan persendirian, parit atau pembetung itu dan mendapatkan belanja yang dilakukan ketika berbuat demikian daripada orang itu.
(3)
Suruhanjaya boleh enggan membenarkan mana-mana orang membuat sambungan ke mana-mana pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam jika—
(a)
pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam itu tidak atau tidak akan mempunyai keupayaan atau daya muatan yang diperlukan untuk menerima kumbahan yang akan dilepaskan melalui sambungan yang dicadangkan itu; atau
(b)
Suruhanjaya mendapati bahawa cara pembinaan atau keadaan pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam itu adalah sedemikian rupa sehingga pembuatan sambungan itu mungkin menjejaskan sistem pembetungan awam itu.
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Efluen terlarang atau benda berbahaya tidak boleh dilepaskan ke dalam pembetung awam, dsb.