Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
(a)
suatu sistem pembetungan persendirian, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama di mana-mana premis atau yang digunakan oleh mana-mana premis; atau
Undang-Undang Malaysia 62
(b)
suatu paip sambungan persendirian yang menyambungkan mana-mana premis ke suatu sistem pembetungan awam, adalah cacat atau tidak disenggarakan dengan sepatutnya atau memerlukan pembaikan, Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu atau pemilik atau perbadanan pengurusan yang bertanggungjawab bagi sistem pembetungan persendirian, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau paip sambungan persendirian itu untuk membaiki sistem pembetungan persendirian, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau paip sambungan persendirian itu atau menjadikannya berkeadaan teratur seperti yang sepatutnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu.
(2)
Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa, oleh sebab apa-apa halangan, mana-mana premis tempat terletaknya sesuatu tangki septik tidak mempunyai akses yang mencukupi bagi maksud menyahenap cemar tangki septik itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu supaya membuang halangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu.
(3)
Jika orang yang kepadanya arahan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) tidak mematuhi arahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu—
(a)
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh, apabila tamat tempoh itu, melakukan kerja yang dikehendaki dalam arahan itu dan boleh mendapatkan belanja yang dilakukan dalam berbuat demikian daripada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu; atau
(b)
Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen perkhidmatan di dalam kawasan perkhidmatan pembetungan itu untuk menguruskan dan mengendalikan sistem pembetungan persendirian, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau paip sambungan persendirian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa tempoh yang diputuskan oleh Suruhanjaya dan untuk mengenakan
Industri Perkhidmatan Air 63
caj terhadap pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen perkhidmatan itu.
(4)
Bagi maksud perenggan (3)(b), pemilik, perbadanan pengurusan dan penghuni premis itu hendaklah memberikan pemegang lesen perkhidmatan akses kepada sistem pembetungan persendirian, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau paip sambungan persendirian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud mengendalikan dan menyenggarakan sistem pembetungan persendirian, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau paip sambungan persendirian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kewajipan untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem pembetungan persendirian, dsb.