Malaysia legislation

Section 65

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 65

(a)

memberikan pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit akses yang mencukupi kepada tangki septik itu bagi maksud membolehkan tangki septik itu diservis dan dinyahenap cemar;

(b)

menyebabkan supaya sistem pembetungan persendirian, tangki septik, paip sambungan persendirian, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan segala alat tambahannya disenggarakan dan dijaga supaya tidak menjadi kacau ganggu atau memudaratkan kesihatan;

(c)

menyebabkan supaya tangki septik itu dinyahenap cemar dan, dalam hal suatu sistem pembetungan persendirian, untuk diservis atau disenggarakan oleh pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit pada apa-apa lat tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan; dan

(d)

memberikan pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit akses yang mencukupi kepada sistem pembetungan persendirian itu bagi maksud membolehkan sistem pembetungan persendirian itu diperiksa, diservis atau disenggarakan.

Undang-Undang Malaysia 64

(2)

Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi penyenggaraan, pembaikpulihan atau penggantian perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Penalti berkenaan dengan kacau ganggu, dsb., yang disebabkan oleh sistem pembetungan persendirian atau tangki septik