Malaysia legislation

Section 66

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 66

(a)

mana-mana sistem pembetungan persendirian atau tangki septik yang sebegitu kotor atau yang berada dalam keadaan atau terletak sedemikian rupa sehingga menjadi kacau ganggu atau berbahaya kepada kesihatan; atau

(b)

mana-mana premis yang tidak dialihudarakan mengikut cara yang menjadikan tidak memudaratkan setakat yang dapat dilaksanakan apa-apa gas, wap, debu atau kekotoran lain yang memudaratkan kesihatan yang dikeluarkan dari sistem pembetungan persendirian atau tangki septik itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemilik atau perbadanan pengurusan atau, jika pemilik atau perbadanan pengurusan itu tidak dapat dikesan dengan usaha yang munasabah, penghuni premis di mana sistem pembetungan persendirian atau tangki septik itu ditempatkan atau berada, untuk memberhentikan kacau ganggu, kemudaratan atau bahaya itu.

(3)

Jika pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh memberhentikan kacau ganggu, kemudaratan atau bahaya sedemikian dan belanja yang dilakukan oleh Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu hendaklah ditanggung oleh pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni itu.

Industri Perkhidmatan Air 65

Kontrak bagi penyediaan perkhidmatan pembetungan