Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
(a)
keanggotaan badan itu terbuka kepada semua orang;
(b)
badan itu berupaya untuk melaksanakan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini yang berkaitan;
dan
(c)
badan itu mempunyai perlembagaan bertulis.
(2)
Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi
Forum Air sebelum penamaan itu boleh didaftarkan.
(3)
Suruhanjaya boleh memutuskan bahawa suatu badan yang sedia ada yang telah dinamakan sebagai Forum Air sebelum itu tidak lagi menjadi badan yang sesuai bagi maksud Akta ini, jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa badan itu tidak lagi memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
(4)
Penamaan atau penarikan balik penamaan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau tarikh terkemudian yang dinyatakan.
Fungsi Forum Air