Malaysia legislation

Section 70

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 70

(a)

untuk memberikan maklum balas dan membuat syor kepada

Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengan kepentingan pengguna perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

(b)

untuk mewakili kepentingan pengguna perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

Industri Perkhidmatan Air 67

(c)

untuk memajukan kepentingan pengguna berhubung dengan tarif dan standard perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

(d)

untuk mengenal pasti dan mengkaji semula perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengguna dan memastikan bahawa syarikat-syarikat perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan menyedari, dan responsif terhadap, kebimbangan mengenai perkhidmatan mereka;

(e)

untuk membuat publisiti tentang kewujudan, fungsi dan kerja Forum Air dalam melindungi kepentingan pengguna;

(f)

untuk menjalankan apa-apa fungsi yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira dengan sewajarnya syor Forum Air dalam penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Penyelesaian pertikaian

Pertikaian

Section 70 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my