Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
(a)
hakikat bahawa ia akan mengadakan siasatan itu;
(b)
tempoh siasatan itu akan diadakan;
(c)
sifat perkara yang berkaitan dengan siasatan itu;
(d)
tempoh, sekurang-kurangnya empat puluh lima hari, yang dalamnya, dan bentuk yang dengannya, orang awam dijemput untuk membuat penghujahan kepada Suruhanjaya mengenai perkara itu;
(e)
perkara-perkara yang diinginkan oleh Suruhanjaya supaya diliputi oleh penghujahan itu; dan
(f)
alamat atau alamat-alamat tempat penghujahan itu boleh dihantar.
(2)
Suruhanjaya tidak dikehendaki menyiarkan suatu notis mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1) pada masa yang sama atau mengikut cara yang sama.
(3)
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah dalam bentuk dan jenis yang dinyatakan dalam notis itu.
Industri Perkhidmatan Air 71
Siasatan tertutup dan bahan rahsia