Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
(a)
dokumen atau maklumat yang mungkin diberikan, atau sesuatu perkara yang mungkin timbul semasa siasatan awam itu atau suatu bahagian daripada siasatan itu adalah bersifat rahsia;
atau
(b)
siasatan atau sebahagian daripada siasatan mengenai sesuatu perkara atau sebahagian daripada sesuatu perkara itu tidak akan mendatangkan faedah kepada pentadbiran yang wajar
Akta ini jika siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu dibuka kepada orang awam.
(2)
Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya semua keterangan, dokumen atau bahan lain yang bersifat rahsia yang dikemukakan pada siasatan awam itu tidak disiarkan atau dizahirkan oleh mana-mana orang atau bahawa penyiaran atau penzahiran keterangan, dokumen atau bahan sedemikian oleh mana-mana orang hendaklah dihadkan.
(3)
Jika sesuatu siasatan atau sebahagian daripada siasatan berlangsung secara tertutup, Suruhanjaya hendaklah memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir pada siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu.
Laporan mengenai siasatan awam