Malaysia legislation

Section 86

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 86

Kadar dan caj ditetapkan boleh dikutip dan dipegang simpan oleh pemegang lesen

(2)

Pemegang lesen pengagihan air hendaklah dibenarkan menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk dan bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan, jika diberi kuasa sedemikian oleh pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan itu.

(3)

Pemegang lesen pengagihan air yang menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj ditetapkan untuk atau bagi pihak pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan di bawah subseksyen (2) adalah berhak untuk menjalankan semua hak dan remedi di bawah seksyen 88 dan 89 berkenaan dengan kegagalan membayar perkhidmatan pembetungan.

(4)

Suatu salinan pemberikuasaan yang diberikan oleh pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan hendaklah diberikan oleh pemegang lesen pengagihan air itu kepada

Undang-Undang Malaysia 74

pelanggan yang berkenaan pemegang lesen perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pembetungan itu sebelum menuntut, mengutip dan memegang simpan semua kadar dan caj yang berkenaan.

Kuasa untuk menghendaki deposit

Section 86 — AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 | mylaw.my