Malaysia legislation
Section 89
Seksyen 89
Apa-apa jumlah wang yang berkenaan dengan—
(a)
memotong bekalan air kepada seorang pengguna dengan menutup paip air perkhidmatan atau memberhentikan bekalan air termasuk hak untuk mengurangkan bekalan air atau tekanan bekalan air; dan
(b)
mengambil apa-apa kaedah lain sebagaimana yang disifatkannya patut dan wajar.
(2)
Pemegang lesen pengagihan air boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) jika pemilik, perbadanan pengurusan, penghuni atau pengguna—
(a)
tidak menjelaskan amaun bagi—
(i)
air yang telah dibekalkan;
(ii)
perkhidmatan yang telah diberikan berkaitan dengan pembekalan air;
(iii)
perkhidmatan pembetungan yang telah diberikan; atau
(iv)
deposit yang dikehendaki di bawah seksyen 87, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyerahan bil;
(b)
yang, setelah mempunyai suatu kontrak dengan pemegang lesen pengagihan air bagi bekalan air, membenarkan atau menyebabkan supaya apa-apa bekalan air sedemikian disalirkan atau dibawa atau digunakan di luar premis itu bagi maksud selain maksud kontrak itu kecuali bagi pemadaman kebakaran;
(c)
menyalahgunakan atau membazirkan atau menyebabkan atau membenarkan supaya disalahgunakan atau dibazirkan apa-apa air yang dibekalkan ke premisnya;
(d)
setelah bersetuju untuk menggunakan air yang dibekalkan bagi suatu maksud tertentu sahaja, menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan supaya air itu digunakan bagi maksud yang berlainan selain pemadaman kebakaran; atau
Undang-Undang Malaysia 76
(e)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
(3)
Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), pemegang lesen pengagihan air hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis atau pengguna itu untuk meremedikan atau membetulkan keingkaran atau pelanggaran itu dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis itu.
(4)
Jika apabila tamatnya tempoh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (3), pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis atau pengguna itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak meremedikan atau membetulkan keingkaran atau pelanggaran itu, pemegang lesen pengagihan air itu boleh terus menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1).
(5)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghendaki pemegang lesen pengagihan air itu untuk menjalankan hak dan remedinya di bawah perenggan (1)(b) sebelum ia menjalankan hak dan remedinya di bawah perenggan (1)(a).
(6)
Jika—
(a)
pemegang lesen pengagihan air menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana premis;
dan
(b)
bekalan air atau perkhidmatan pembetungan disediakan ke premis itu dan juga ke premis lain yang keseluruhannya atau sebahagiannya melalui paip air perkhidmatan yang sama, pemegang lesen pengagihan air itu boleh menjalankan kuasa yang sama terhadap premis yang lain itu hanya jika orang yang sama adalah penghuni premis itu dan juga premis yang lain itu.
(7)
Pemegang lesen pengagihan air hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam dan dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua hari dari tarikh pembayaran penuh jumlah wang yang kena dibayar di bawah seksyen 87 dan 88, menyambungkan semula bekalan air ke premis itu dengan syarat bahawa pemilik atau penghuni itu memberikan pemegang lesen pengagihan air itu akses kepada premisnya untuk menjalankan kerja-kerja penyambungan semula.
Industri Perkhidmatan Air 77
(8)
Walau apa pun subseksyen (7), pemegang lesen pengagihan air adalah berhak untuk mendapatkan daripada pemilik atau penghuni premis itu kos pemotongan bekalan air dan penyambungan semula bekalan air selepas pemotongan. Pemegang lesen pengagihan air itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang dihadapi oleh mana-mana pengguna atau orang atau harta disebabkan oleh pemotongan itu.
(9)
Jika bekalan air ke mana-mana premis telah dipotong oleh pemegang lesen pengagihan air dan didapati bahawa bekalan itu telah disambungkan semula tanpa kebenaran pemegang lesen pengagihan air itu, penghuni premis itu hendaklah dianggap, sehinggalah dibuktikan sebaliknya, telah menyambungkan semula atau membenarkan penyambungan semula bekalan air itu dan dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Hak pemegang lesen pengagihan air yang dilesenkan untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan