Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
Suatu Tribunal Rayuan hendaklah ditubuhkan bagi maksud mengkaji semula mana-mana perkara yang berikut atas rayuan:
(a)
apa-apa arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
Undang-Undang Malaysia 78
(b)
keputusan Suruhanjaya untuk tidak mendaftarkan mana-mana perjanjian yang menghendaki pendaftaran di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(c)
keputusan mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian di bawah Bab 2 Bahagian V;
(d)
keputusan Suruhanjaya untuk memberikan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen 45;
(e)
keputusan Suruhanjaya di bawah seksyen 59; dan
(f)
arahan Suruhanjaya di bawah seksyen 64.
Keanggotaan Tribunal Rayuan