Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(a)
seorang Pengerusi; dan
(b)
sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan anggota yang lebih ramai sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.
(2)
Menteri hendaklah melantik seseorang yang merupakan seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun atau yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang sedang menjalankan amalan sekurang-kurangnya selama sepuluh tahun untuk menjadi
Pengerusi Tribunal Rayuan.
(3)
Pelantikan anggota Tribunal Rayuan hendaklah disiarkan dalam
Warta.
(4)
Seseorang anggota Tribunal Rayuan yang disebut dalam perenggan (1)(b) —
(a)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan
(b)
hendaklah layak untuk dilantik semula setelah tamat tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada dua tempoh yang berturut-turut.
Industri Perkhidmatan Air 79
Elaun