Malaysia legislation
Section 94
Seksyen 94
(2)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan
Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain jika —
(a)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;
(b)
dia menjadi bankrap atau tidak solven;
(c)
dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;
(d)
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang oleh suatu mahkamah di Malaysia;
(e)
dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya;
(f)
dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 96; atau
(g)
prestasinya tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang ketara.
Pengosongan jawatan dan pelantikan baru atau sementara