Malaysia legislation

Section 95

of AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006

Seksyen 95

(a)

dia mati;

Undang-Undang Malaysia 80

(b)

dia meletakkan jawatannya ataupun selainnya mengosongkan jawatannya sebelum tamat tempoh yang baginya dia dilantik;

atau

(c)

pelantikannya dibatalkan di bawah seksyen 94.

(2)

Menteri hendaklah melantik seseorang lain mengikut seksyen 92 untuk menggantikan Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal

Rayuan yang lain semasa kekosongan jawatan Pengerusi atau anggota

Tribunal Rayuan.

(3)

Menteri hendaklah melantik seseorang lain secara sementara mengikut seksyen 92 untuk bertindak sebagai Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan lain —

(a)

semasa apa-apa tempoh apabila Pengerusi atau mana-mana anggota tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

(b)

jika Pengerusi atau anggota, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan tugas jawatannya.

(4)

Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil oleh

Tribunal Rayuan dalam penjalanan kuasanya atau pelaksanaan fungsinya boleh terjejas atas alasan terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan

Tribunal Rayuan.

Penzahiran kepentingan