Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
(2)
Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan,
Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.
(3)
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal berhubung dengan perkara itu.
(4)
Jika sesuatu pihak dalam perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan tugasnya sebagai anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.
Industri Perkhidmatan Air 81
(5)
Kegagalan oleh anggota itu untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a)
menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan itu melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan
(b)
menjadikan anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 94.
Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai lain